Nahas Pesawat | Mayat juruterbang helikopter dituntut ahli keluarga

2022-09-22 0

Mayat juruterbang helikopter yang maut dalam insiden dekat Hutan Simpan Chikus, Bidor, pada 11 September lalu dituntut isterinya di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, pada Isnin.

Wanita berkenaan tiba di pekarangan Jabatan Forensik HRPB kira-kira jam 10.40 pagi dengan ditemani saudara-maranya.